top of page

ARTIKEL

BUKU PANDUAN BAGI EKOSISTEM HUTAN HUJAN TANAH PAMAH DI SABAH

Buku Panduan ini diterbitkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru dan pengajar berkenaan dengan ekosistem ini yang terdapat di Sabah. Buku ini juga bertujuan sebagai panduan bagi para guru dan pengajar mengelolakan program pendidikan alam semulajadi bagi pelajar menggunakan ekosistem semulajadi yang ada di Sabah. Seterusnya diharap dapat mendedahkan para guru dan pengajar untuk mengendalikan program-program pendidikan alam semulajadi diekosistem-ekosistem ini.

​"NEWSLETTER" JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH

Memburu untuk kegunaan sendiri adalah merupakan tradisi lama dan aktiviti penting bagi kebanyakan penduduk luar Bandar di Sabah. Haiwan buruan yang biasanya diburu di kebanyakan kawasan adalah Babi Hutan, Rusa, Kijang dan Pelandok. Aktiviti pemburuan di beberapa kawasan menunjukkan keseimbangan berbanding dengan populasi haiwan, bagaimanapun di beberapa kawasan aktiviti pemburuan dijalankan secara intensif di mana pemburuan untuk kegunaan sendiri dan komersil berjalan serentak menyebabkan sumber hidupan liar makin berkurangan.

MENJELAJAH HUTAN BAKAU

Artikel berkenaan hutan bakau yang terdapat di Malaysia. Menerangkan mengenai flora dan fauna yang terdapat di kawasan paya bakau di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah. Terdapat juga langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang ditekankan dalam artikel ini.

bottom of page