
​​SAYANG BUMI SABAH
BUKU DAN TERBITAN BERKALA

​BADAK SUMBU
Merupakan sebuah buku mengenai badak sumbu yang merupakan sejenis hidupan yang semakin pupus di seluruh dunia. Buku ini menceritakan tentang perihal badak sumbu seperti spesies, masalah kemandirian badak sumbu, diet badak sumbu dan isu-isu yang berkaitan kepupusan badak sumbu. Dalam buku ini juga menerangkan banyak mengenai pemuliharaan badak sumbu sumatera yang terdapat di Asia Tenggara ini. Perbincangan mengenai badak sumbu ini banyak membawa pembaca untuk menghayati krisis kepupusan badak sumbu di seluruh dunia dan menghargai kewujudan badak sumbu dalam ekosistem semulajadi.
​

​ERA HIJAU​
ERA HIJAU merupakan satu naskah bersiri yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ianya banyak memfokuskan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan, pembangunan lestari dan juga berungsi sebagai ensaiklopedia ringkas yang sesuai untuk bacaan pelajar dari sekolah menengah hingga ke peringkat universiti.
​DAMPAK PERUBAHAN IKLIM TERHADAP HABITAT ORANG UTAN
Persoalan mengenai iklim terhadap habitat orang utan dijawab dalam kajian ini. Dalam menangani kepupusan orang utan di kepulauan Borneo, pelbagai faktor kepupusan orang utan dikenalpasti dan ianya bukan hanya disebabkan faktor manusia tetapi juga alam sekitar. Kajian ini membincangkan bagaimana perubahan iklim menyebabkan berlakunya El-Nino dan La-Nina lalu menggalakkan kebakaran hutan dan perubahan cuaca yang memberi kesan kepada orang utan.
