top of page

TAMAN NEGARA KEPULAUAN PENYU

Taman Negara Kepulauan Penyu atau Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) telah distytiharkan sebagai Taman Marin pada tahun 1977, yang terdiri daripada Pulau Selingaan, Bakkungan Kechil dan Gulisaan dengan ketga-tiga pulau meliput kawasan seluas 1740 hektar. Taman ini  terletak kira-kira 40 kilometer dari panati Sandakan. Menyedari pentingnya habitat marin ini, Kerajaan Negeri Sabah membeli ketiga-tiga pulau sebelum mewartakannya sebagai Taman Marin pada tahun 1977. Sejak itu, ia dikendalikan oleh Taman-Taman Sabah, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri.

Taman Negara Kepulauan Penyu merupakn kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan penyu. Pulau Gulisaan merupakan pusat pendaratan utama penyu sisik di Asia Tenggara. taman ini adalah antara yang paling berjaya di Asia Tenggara dalam membantu usaha pemuliharaan dan melindungi penyu daripada pupus. selain itu Taman ini merupaka kawasan penyelidikan mengenai pememelihara dan pemuliharaan penyu dengan usahasama dengan luar Negara.

Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 bila air surut. TPPP juga merupakan sebahagian daripada Kawasan Perlindungan Warisan Kepulauan Penyu yang turut merangkumi enam lagi pulau di bahagian perairan Filipina iaitu Pulau Laagan, Bakkungan Besar, Lihiman, Taganak, Boaan dan Baguan yang melaksanakan pengurusan berintegrasi bagi melindungi populasi penyu hijau dan sisik. 

bottom of page