
​​SAYANG BUMI SABAH
LOKASI tempat-tempat yang mengamalkan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan di serata negeri Sabah. Kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan yang terkenal dengan kekayaan alam sekitar dan kepelbagaian biologi. Sesuai dengan ciri-ciri kawasan yang berkaitan, ianya sesuai untuk aktiviti pelancongan penyelidikan, ekopelancongan dan lawatan sambil belajar.
LOKASI

Peta yang menunjukkan lokasi kawasan-kawasan pelancongan dan juga kawasan yang mengamalkan pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Terdapat banyak projek dan program yang dijalankan oleh kerajaan dan NGO dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri Sabah.
NEGERI SABAH kaya dengan panorama alam semula jadi. Sebagai negeri yang kedua terbesar di Malaysia, negeri Sabah kini semakin pesat berlaku pelbagai pembinaan infrastruktur yang membawa kepada kerosakan dan kesan negatif lain khususnya pencemaran dan kepupusan sumber.