
SAYANG BUMI SABAH
DEFINISI ALAM SEKITAR.
Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.
MENGENAI SAYANG BUMI SABAH
PEMELIHARAAN
PEMELIHARAAN berasal daripada kata kerja pelihara. Pemeliharaan alam sekitar bererti menjaga alam sekitar yang sedia ada menggunakan kaedah-kaedah mesra alam dan perundangan. Langkah-langkah tersebut merangkumi penyempadanan kawasan alam sekitar yang ingin dipelihara dan membentuk akta-akta tertentu.
PEMULIHARAAN
PEMULIHARAAN berasal daripada kata kerja pulihara. Pemuliharaan alam sekitar bererti memulihkan keadaan alam sekitar kepada kualiti yang lebih baik. Ianya merangkumi aktiviti seperti memperbaik kawasan hutan yang tercemar, menghasilkan tukun tiruan di kawasan lautan untuk menambah habitat hidupan laut dan menjaga sumber dan haiwan dengan meletakkan larangan dan akta-akta yang tertentu demi menghalang kepupusan dan kemusnahan terus berlaku.
SAYANG BUMI SABAH merupakan satu laman web untuk mengetengahkan amalan pemuliharaan dan pemeliharaan yang dijalankan oleh pihak-pihak kerajaan dan bukan kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah. Melalui penggunaan laman web ini, pengunjung dapat mengetahui akan usaha-usaha yang dilakukan di sekitar SABAH.
Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan ini jika dilihat dari peringkat bawah atau bottom-up ini seakan-akan tidak mendapat sambutan. Dengan sebab itu, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berusaha untuk memperhebat usaha dalam memelihara dan memulihara alam. Dengan kaedah yang diambil dapat membantu aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan di samping menarik minat masyarakat dan dalam pada masa yang sama dapat mempertingkat ekonomi negara.