
SAYANG BUMI SABAH
TAMAN NEGARA KINABALU
Taman Kinabalu merupakan taman Negara yang di wartakan pada tahun 2002, yang terletak bahagian tengah Negeri Sabah. Taman Kinabalu dihiasi dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4095 meter daripada aras laut, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asian Tenggara.
Taman kinabalu merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada kearas tinggi. lanya telah dikelaskan sebagai pusat kepelbagai tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, dan Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.
Taman Negara Kinabalu melalui proses pemeliharaan dan pemuliharaan kerana ianya merupakan satu kawasan hutan yang masih belum diterokai sepenuhnya untuk pembinaan dan kemajuan. Ini dapat dilihat dari segi kepelbagaian ekosistem dan beberapa aktiviti penanaman pokok luar dari Malaysia untuk memelihara kemandirian tumbuhan tersebut. Ianya kini juga terkenal sebagai kawasan ekopelancongan yang menarik untuk pelancong dari dalam dan luar negara.