
​​SAYANG BUMI SABAH
TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
Taman Hidupan Liar Lok Kawi ini dioperasikan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Keluasan taman ini ialah 280 ekar termasuklah Taman Botanikal yang diseliakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.
​
Jarak perjalanan menuju ke taman ini dari Pusat Bandar Kota Kinabalu ialah dalam 17 km. Sama ada anda boleh melalui jalan dari kem tentera Lok Kawi ataupun dari Penampang sebab taman ini terletak di jalan lama Penampang-Papar.
​
Terdapat lebih dari 100 spesies haiwan termasuklah mamalia, reptilia dan burung. Di Taman Botanikal pula terdapat herba-herba dan Kebun Halia. Antara tarikan yang dalam pembinaan setakat ini ialah laluan hutan sepanjang 1.4km, Taman Rafflesia dan Taman Orkid.